Friday, 16 March 2012

1001 KELEBIHAN MENGGUNAKAN PREMIUM BEAUTIFUL CORSET

TERBAIK UNTUK ANDA :

Bagi wanita zaman sekarang, penampilan diri yang menarik adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan. Namun tidak semua apa yang diharapkan akan berlaku. Kesibukan terutamanya kepada golongan wanita yang bekerja merupakan faktor utama mengapa kejelitaan yang sememangnya milik setiap wanita diabaikan secara tidak sengaja.

Golongan wanita di kalangan ibu-ibu merupakan individu yang sering tergolong dalam kelompok yang mudah mendapat sakit. Sebagai contoh, seorang ibu yang mengandung sering kita dengar akan mengalami sakit belakang, rekahan pada kulit perut (stretchmarks), urat di kaki timbul, pening kepala dan rasa mual serta pelbagai lagi impak dari kehamilannya. Bagi golongan wanita muda pula, ‘period pain’ atau ‘menstrual cramp’ sering sahaja berlaku pada mereka. Bahkan ada di antara mereka sanggup menelan pelbagai ubat untuk menahan kesakitan tersebut.

Namun begitu, golongan lelaki juga tidak terkecuali. Golongan ini sering dikaitkan dengan sakit belakang, gastrik dan pengambilan makanan yang tidak teratur turut menerima kesan yang sama. Walaupun golongan ini lebih ‘kebal’ berbanding wanita, namun kesihatan tetap perlu diutamakan.

Pada zaman sekarang, teknologi yang ada banyak membantu. Dari segi bidang kecantikan dan kesihatan terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan sama ada dengan cara yang mahal atau murah, bergantung mengikut kemampuan diri kita sendiri.

Melabur untuk mendapatkan kesihatan yang baik tidak merugikan. ‘Pelaburan’ ini adalah baik untuk jangka masa panjang. Sanggupkah anda melabur untuk mendapatkan kesihatan yang baik setelah mendapat sakit yang teruk? Lebih baik beringat sebelum melarat.

Pernahkah anda mendengar mengenai PREMIUM BEAUTIFUL CORSET? Insyaallah, ia dicipta khas untuk mengatasi penyakit-penyakit yang dinyatakan seperti di atas.
P Beautiful front


KENAPA PERLU PREMIUM BEAUTIFUL CORSET?

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET adalah produk dicipta dengan menggabungkan teknologi Far Infrared (FIR), Akwatek dan Akwadyne yang disulam di dalam bebenang fabrik corset tersebut.
FIR secara umumnya membantu memperbaiki dan meningkatkan kesihatan sel-sel dalam tubuh anda dapat secara dramatik serta meningkatkan fungsi keseluruhan kesihatan anda.
Anda akan lebih BERJIMAT kerana belanja makan anda kurang.
Anda LEBIH YAKIN dengan penampilan anda.
Anda berpeluang menjadi agen dan menjana pendapatan melaluinya.
Harganya berbaloi dengan hasil menggunakannya.
Pembayaran mudah secara TUNAI atau KAD KREDIT atau ANSURAN BULANAN SERENDAH RM200/BULAN

TERMA PEMBAYARAN

PEMBELIAN SECARA TUNAI:

Deposit minima RM200.00/set untuk tempahan kalau tidak dapat membayar habis.
Dalam masa 2 minggu anda perlu membayar habis bakinya untuk set tersebut.
Untuk ibu yang bakal bersalin, perlu juga bayar habis mengikut syarat tetapi pihak kami akan menghantar corset tersebut kepada anda selepas bersalin kerana kami memerlukan ukuran badan selepas bersalin terlebih dahulu.

PEMBELIAN SECARA KAD KREDIT:

Perlu mengisi borang potongan kad kredit yang akan diberikan kepada anda.
Setelah borang dikembalikan kepada saya, saya akan memproses borang tersebut dan akan menghantar corset kepada anda di dalam jangkamasa seminggu dari tarikh pembayaran.
Untuk ibu yang bakal bersalin, pihak kami akan menghantar corset tersebut kepada anda selepas bersalin kerana kami memerlukan ukuran badan selepas bersalin terlebih dahulu.

PEMBELIAN SECARA ANSURAN BULANAN :

Deposit RM200.00/set diperlukan bagi setiap set yang dibeli.
Perlu menandatangani surat PERJANJIAN dan AKUJANJI pembelian corset
Setelah surat PERJANJIAN dan AKUJANJI pembelian corset dikembalikan kepada saya, saya akan menghantar corset kepada anda di dalam jangkamasa seminggu selepas penerimaan surat tersebut.
Untuk ibu yang bakal bersalin, pihak kami akan menghantar corset tersebut kepada anda selepas bersalin kerana kami memerlukan ukuran badan selepas bersalin terlebih dahulu.





Thursday, 15 March 2012

Garis Panduan Jakim Dan Majlis Fatwa Berkaitan Multi Level Marketing (MLM)

GARIS PANDUAN JAKIM & MAJLIS FATWA (DIPETIK DARI JAKIM)
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara Pemasaran  Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan  kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan  pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau  ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam  perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras  dengan prinsip-prinsip syariah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam".
Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi  merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut  terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti  yang berikut:

Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
En. Mohd. Talal bin Abu Bakar
             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Zaharudin bin Muhammad
             Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful

Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan  dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26  Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011  telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.
 

Apa Itu Sekuriti Patuh Syariah?


Apakah yang dimaksudkan dengan sekuriti patuh Syariah?

 

 
Sekuriti patuh Syariah merupakan sekuriti syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah. Secara amnya, sesebuah syarikat akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah jika aktiviti utamanya tidak melibatkan perkara berikut:

• Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)
• Perjudian dan pertaruhan
• Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan (contoh: daging khinzir, minuman keras, dll)
• Insurans konvensional
• Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah
• Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan
• Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah
• Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Selain itu, turut diambil kira adalah tahap sumbangan daripada faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain.

Siapa yang menentukan sama ada sesebuah sekuriti itu patuh Syariah atau tidak?

Sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ahli MPS terdiri daripada golongan pakar Syariah, pakar perundangan dan kewangan dan juga ahli akademik.

Dalam menentukan status patuh Syariah sesebuah syarikat, fokus diberikan kepada aktiviti teras syarikat tersebut berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Aktiviti teras sesebuah syarikat adalah aktiviti yang menjana pendapatan dan seterusnya diagihkan kepada pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen. 

Bagaimana sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dengan kedua-dua aktiviti iaitu patuh Syariah dan tidak patuh Syariah?

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bercampur di antara aktiviti patuh dan tidak patuh Syariah, MPS mempertimbangkan dua ciri tambahan iaitu :

(a) Padangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan

(b) Aktiviti teras syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur yang tidak selaras dengan Syariah adalah amat kecil dan melibatkan perkara ‘umum balwa’ (perkara terlarang yang sukar dielakkan), ‘uruf’ (amalan kebiasaan) dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Tanda aras yang digunakan bagi syarikat yang mempunyai aktiviti bercampurMPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu untuk menentukan pencampuran sumbangan yang dibolehkan daripada aktiviti yang patuh dan tidak patuh Syariah. Tanda aras tersebut (5%, 10%, 20% dan 25%) akan dibandingkan dengan sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat.


(Nota : Ijtihad bermaksud proses mengeluarkan pendapat daripada sumber Syariah oleh ulama’ yang layak)

Rujukan: 
1) Laman Malaysian Investor
2) https://www.facebook.com/note.php?note_id=258803620852279
3) http://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_100531.pdf

Benarkah semua MLM itu Haram?

Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke -72 tahun 2006

Perniagaan MLM merupakan satu konsep perniagaan yang baru dan semakin berkembang beberapa dekad ini. Seiring dengan perkembangannya banyak isu yang muncul terutama sekali menyangkut soal halal dan haram. Memandangkan konsepnya yang baru maka terdapat berbagai pandangan dari para ulamak seluruh dunia tentang MLM ni sehingga terhasillah beberapa fatwa tentang MLM.

Di bawah ini saya sertakan beberapa Fatwa tentang MLM yag saya petik dari blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil :

Fatwa Majlis Fatwa Mesir:  
“Berdasarkan keterangan yang lalu, kami berpandangan tidak ada sebarang tegahan untuk menjalankan muamalah tersebut (yakni MLM) dan tidak ada tegahan juga untuk memberi (hadiah/bonus) dengan peratusan tertentu kepada seorang yang ia telah menjadi sebab kepada pengedaran (barang/produk) sekalipun secara tidak langsung kerana sebab yang melayakkannya untuk mendapat hadiah/bonus masih kekal dan itu mencukupi untuk mengharuskan pemberian (hadiah/bonus) kepadanya”. (*Majlis Fatwa Mesir dipengerusikan oleh Mufti Mesir; Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah, seorang ulamak al-Azhar yang pakar Usul Fiqh dan Ekonomi Islam).

Fatwa Majlis Ulamak Indonesia, 
Di antara kenyataan yang terkandung dalam fatwa tersebut ialah; “….sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat-syarat sebagai berikut:
a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;
b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);
c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar”.

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
Dinyatakan dalam fatwa tersebut; “Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”

Sumber Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-sistem-jualan-langsung-mlm-menurut-islam
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/benarkah-semua-mlm-haram.html

Pentingnya Memakai Bra Dengan Ukuran Yang Tepat

 
Dalam satu kajian di University Portsmouth , 85 persen wanita yang memakai bra dengan ukuran yang tidak sesuai akan mengalami bermacam-macam jenis rasa sakit dan beberapa simptom lain yang berkaitan. Menurut  Dr Jenny White Memakai bra dengan ukuran yang tepat adalah sangat penting untuk mendapatkan sokongan yang mantap disamping membantu wanita untuk merasakan penampilan yang  terbaik, dan ianya juga dapat menghalang sakit pada leher dan bahagian belakang," 

Dalam satu kajian yang lain oleh British School of Ostheopathy menemukan bahawa pemakaian bra yang tidak tepat ukuran akan menyebabkan stress kepada otot dan tulang sehingga mengakibatkan kepada sakit belakang dan  masalah pernafasan. Wanita yang memiliki ukuran payudara yang besar sangat perlu memakai bra bersaiz tepat (well fitting bra) kerana mereka membawa beban yang lebih besar dan lebih cenderung untuk  mengalami sakit pada bahu, tengkuk dan belakang.



Rujukan:

http://www.port.ac.uk/research/breasthealthresearch/brafitting/
http://www.saga.co.uk/health/news/2012/march/bras-and-pain.aspx


Thursday, 8 March 2012

SAIZ PREMIUM BEAUTIFUL YANG TEPAT

First of all untuk mendapatkan saiz premium beautiful ini kita mesti dapatkan empat ukuran terlebih dahulu iaitu ukuran puncak dada (A) , ukuran bawah dada (B) , ukuran pinggang paling ramping (C)  dan ukuran pinggul yang paling besar (D).

UKURAN DI ATAS MESTILAH DALAM UNIT CENTIMETRE BUKAN DALAM INCHI

Keempat-empat ukuran premium beautiful nanti adalah seperti di bawah:




Kita bagi satu  contoh pengiraan ukuran Premium Beautiful. Misalnya seorang wanita itu ukurannya adalah seperti di bawah.

A. Puncak Dada (Bust)  =  92 cm
B. Bawah Dada (Underbust) =  82cm
C. Pinggang (Waist) = 75 cm
D. Pinggul (Hips)  =  90 cm

Untuk menentukan saiz cup Premium Beautiful formulanya:

Puncak dada-Bawah dada = ____cm
Jadi 92 - 82 = 10 ---> refer jadual di bawah---> Cup C


Untuk menentukan saiz long bra Premium Beautiful.
Ukuran bawah dada tadi  82cm -> Lihat Jadual di bawah 82 terletak antara Long Bra saiz 80 atau 85.

Jadi saiz Long Bra 80/85C
Jadual ukuran Premium Beautiful
Untuk mengukur saiz bengkung Premium Beautiful kita lihat pada ukuran pinggang tadi iaitu 75 cm. Dari jadual di atas 75 cm adalah antara 73-79  pada jadual iaitu saiz bengkung / waist niper ialah 76.

Long Girdle pula formulanya:
Puncang Punggung - Pinggang =  _____ cm

Kalau total cm > 28 maka kena ambil seluar satu saiz besar dari bengkung....




HERBA MAHARANI HALAL

Adakah Produk Te Zhi Bai Feng Wan atau Herba Maharani ini Halal??

Kepada pengamal pil ini, usah risau kerana pengilang di China telah memperoleh pengiktirafan Halal daripada China Islamic Assocation, Beijing untuk produk ini.

Untuk makluman, China Islamic Association, Beijing adalah badan islam yang diiktirafkan oleh Jakim, Malaysia. KLIK SINI . Disebabkan produk ini adalah produk dari luar negara, Jakim tidak boleh meletakkan logo pd barang. tetapi pihak Jakim telah mengiktiraf badan2 tertentu spt China Islamic Association dan juga IFANCA yg mengeluarkan tanda halal. Jadi produk Maharani telah mendapat sijil halal dari badan2 tersebut. Saya upload sijil halal yg di iktiraf oleh Jakim di sini. So tak perlu risau lagi.