Thursday 15 March 2012

Benarkah semua MLM itu Haram?

Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke -72 tahun 2006

Perniagaan MLM merupakan satu konsep perniagaan yang baru dan semakin berkembang beberapa dekad ini. Seiring dengan perkembangannya banyak isu yang muncul terutama sekali menyangkut soal halal dan haram. Memandangkan konsepnya yang baru maka terdapat berbagai pandangan dari para ulamak seluruh dunia tentang MLM ni sehingga terhasillah beberapa fatwa tentang MLM.

Di bawah ini saya sertakan beberapa Fatwa tentang MLM yag saya petik dari blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil :

Fatwa Majlis Fatwa Mesir:  
“Berdasarkan keterangan yang lalu, kami berpandangan tidak ada sebarang tegahan untuk menjalankan muamalah tersebut (yakni MLM) dan tidak ada tegahan juga untuk memberi (hadiah/bonus) dengan peratusan tertentu kepada seorang yang ia telah menjadi sebab kepada pengedaran (barang/produk) sekalipun secara tidak langsung kerana sebab yang melayakkannya untuk mendapat hadiah/bonus masih kekal dan itu mencukupi untuk mengharuskan pemberian (hadiah/bonus) kepadanya”. (*Majlis Fatwa Mesir dipengerusikan oleh Mufti Mesir; Syeikh Prof. Dr. Ali Jumaah, seorang ulamak al-Azhar yang pakar Usul Fiqh dan Ekonomi Islam).

Fatwa Majlis Ulamak Indonesia, 
Di antara kenyataan yang terkandung dalam fatwa tersebut ialah; “….sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat-syarat sebagai berikut:
a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;
b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);
c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar”.

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan
Dinyatakan dalam fatwa tersebut; “Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”

Sumber Rujukan:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-sistem-jualan-langsung-mlm-menurut-islam
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/06/benarkah-semua-mlm-haram.html

No comments:

Post a Comment