Thursday 15 March 2012

Garis Panduan Jakim Dan Majlis Fatwa Berkaitan Multi Level Marketing (MLM)

GARIS PANDUAN JAKIM & MAJLIS FATWA (DIPETIK DARI JAKIM)
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara Pemasaran  Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan  kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan  pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau  ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam  perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras  dengan prinsip-prinsip syariah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam".
Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi  merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut  terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti  yang berikut:

Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
En. Mohd. Talal bin Abu Bakar
             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin
             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Ustaz Zaharudin bin Muhammad
             Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful

Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan  dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26  Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011  telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.
 

No comments:

Post a Comment